Sunday 11 September 2011

Kereta dan susut nilai..

Pemilik kereta perlu mengetahui bahawa setiap kenderaan bermotor ada susut nilainya setiap tahun.

secara asasnya 10% setiap tahun. contoh sebuah Nissan Sentra yg berharga 100K. nilainya akan jatuh ke 90K pada tahun kedua. susut 10% tahun ketiga akan jadi 81K. tahun keempat akan jadi 73K. 

walaupun secara asasnya nilai tersebut jatuh 10% setiap tahun, tetapi ia turut dipengaruhi oleh trend semasa pasaran tempatan. bagi kereta2 sejuk seperti Nissan Cefiro atau Volvo S80, kadar susut nilai adalah lebih serius iaitu di antara 15-20%. contoh Volvo S80 harganya 200K. masuk tahun kedua nilainya bakal menurun ke antara 170-180K. 

jika permintaan tinggi tetapi jumlah kereta terhad (demand over supply) maka nilai kereta biasanya tinggi dan konsisten buat beberapa lama. contoh ialah Proton Waja dan Perodua Myvi yg mana di awal pelancaran tempoh tempahan mencecah 8 bulan. 

jika bekalan tinggi dan permintaan makin menurun (supply over demand), maka ia akan turut memberi kesan pada nilai kereta tersebut. contoh yg sama ialah Proton Waja dan Peroda Myvi. nilai Waja jatuh mendadak sebab terlalu banyak on-the road begitu juga dgn Perodua Myvi di mana tempoh tempahan hanya lebih kurang 2 bulan sahaja.

Tip membeli kereta secondhand

tips utk beli keta 2nd hand ialah
1. jangan beli keta yg sudah modified termasuk
- lowered
- sport rim yg terlalu besar dan bukan original
- dashboard yg berlubang2 akibat pasang meter aksesori atau speaker
tinted terlalu gelap
- warna asal sudah ditukar
- enjin asal sudah ditukar termasuk turbo

2. jangan beli keta yg terlalu banyak pemilik dalam tempoh terntentu. sebuah keta 10 tahun mungkin ada 2 atau 3 owner tetapi kiranya ada 4 owner dalam 6 tahun, sumthing is amiss.

3. do your homework - check harga purata pasaran dan pastikan dealer dapat menandingi harga tersebut termasuk memberi diskaun berpatutan. jika dealer tidak mahu menurunkan harga, walk away. cari dealer yg lain.

4. start enjin ketika enjin sejuk. jika enjin sudah panas, datang semula esok hari dan pastikan enjin tu tetap sejuk. enjin boleh memberi 2 jenis reaksi berbeza ketika dihidupkan sejuk atau panas.

5. lihat bawah enjin, jika basah dgn minyak - tanda maintenance tidak bagus. melainkan dealer sanggup baiki FOC, tinggalkan kereta itu.

6. lihat ekzos ketika enjin panas. jika ada asap putih kebiruan, jangan beli

7. cuba enjut keta di semua bucu. jika melantun lebih 2 kali, tinggalkan.

8. start enjin dan on aircond. jika aircond terasa sejuk di, ok. kalau lambat nak sejuk. tinggalkan.

9. walaupun warna keta adalah cat asal, tetapi sekiranya baru di spray ada petanda yang tidak menyenangkan. bayangkan keta sudah 7 tahun tapi cat macam baru. accident? susah nak cakap. dealaer boleh kata apa saja - jangan percaya.

jangan suka2 beli keta yg sudah di modify giler babi. used car dealer sendiri tidak mahu beli, jika mahu pun mereka offer murah. so, kaki keta mmg tak suka rugi setelah berhabis sakan modify keta. keta modified mempunyai risiko sendiri seperti kerumitan untuk repair dan spare part.

kalau nak modify, biar kita buat sendiri.

Friday 9 September 2011

Panduan Menjaga Brek Kereta

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.



2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira
kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta
mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek
kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak
sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa
kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.



3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek
kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.



4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul
spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang
mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan
berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta
berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan
minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan
mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.



5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta
mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak
menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum
kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang
pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang
berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus
daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda
lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

Petua jimat minyak Fahrin

HERO kacak, Fahrin Ahmad yang menjadi duta FuelSave sejak tahun 2009 kini semakin sibuk kerana perlu membahagikan masa antara penggambaran dan menghadiri tiga pameran bergerak FuelSave di pusat beli-belah tiga bandar raya di Malaysia.
Fahrin baru saja selesai penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam di Makkah, Februari lalu juga sibuk dengan penggambaran drama bersiri Suria Di Cordoba.
Dia baru saja balik dari Sepanyol dan masih menjalankan penggambaran di sekitar tanah air dan penggambaran itu dijangka selesai bulan depan.

Dalam drama itu, dia memegang watak Tengku Huzair, anak orang kaya yang manja dan suka berfoya-foya.


Dia yang rasa bersalah atas kematian isterinya, membawa diri ke Cordoba untuk menenangkan dirinya. Di Cordoba, dia bertemu dengan seorang gadis lakonan Sari Yanti.

Fahrin yang juga duta Garnier for Men berkata, dia seronok menjadi duta Shell FuelSave kerana dapat membantu rakyat Malaysia menjimatkan penggunaan petrol dan memperbaiki gaya pemanduan mereka.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab mengajak tiga selebriti untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi cabaran penjimatan petrol.

Tiga orang selebriti itu ialah Kenchana Devi, Dina (Malaysian Idol) dan Hisham Hamzah (Dj Mix Fm) masing-masing berpasangan dengan tiga wartawan.

Cabaran itu memerlukan mereka memandu sejauh yang mungkin hanya dengan seliter minyak.

“Saya berharap dengan menyertai cabaran ini, rakan-rakan seperjuangan akan turut sama mendidik dan menggalakkan seramai mungkin pemandu untuk mengamalkan petua penjimatan Shell FuelSave dan menyedari betapa pentingnya memilih petrol yang betul untuk kereta mereka,” katanya.

Ini bukanlah cabaran pertama buat Fahrin kerana pernah menjadi juara dalam cabaran sama di Jerman pada Mei 2009 selepas menjadi duta Shell FuelSave. Ketika itu Fahrin berentap dengan duta-duta Shell dari enam negara iaitu Singapura, Belanda, Hong Kong, Turki, Denmark dan Jerman.

Katanya, pasangan Taylors yang memegang rekod mengelilingi dunia selama 78 hari hanya dengan menggunakan 24 tangki minyak penuh (1,303 liter) terlebih dulu memberikan penerangan dan berkongsi petua untuk penjimatan petrol sebelum mereka memulakan cabaran itu.

“Walaupun kami memandu di trek tetapi trek itu diubah suai seolah-olah kami memandu atas jalan raya. Ada bulatan dan lampu isyarat. Saya menamatkan cabaran itu dengan catatan 21.3 kilometer dengan menggunakan seliter petrol,” katanya.

Bagi Dina, penyertaannya dalam cabaran itu memberikan pengalaman baru kepada dirinya yang selama ini cepat naik angin apabila sedang memandu.

Pelantun lagu Selamat Tinggal duet dengan Zizan Raja Lawak ini berpasangan dengan wartawan dari The Sun, menjadi juara cabaran itu dengan pemanduan sejauh 25.5 kilometer.

Dengan mengekalkan kelajuan kereta iaitu antara 70 dan 80 kilometer sejam, pasangan itu menjadi juara diikuti Hisham dan tempat ketiga Kenchana.

“Ia satu pengalaman menarik kerana saya dapat belajar perkara baru dan pada masa yang sama terus mempraktikkannya ketika cabaran itu. Bukan susah untuk mengaplikasikan tips yang dikongsikan Fahrin,” katanya.

Bagi mereka yang berminat mengikuti cabaran ini, layari www.shell.com.my/fuelsave untuk keterangan lanjut. 

sumber : harian metro