Sunday 17 July 2011

CSR Program Suzuki Malaysia Automobile di Jeli

Pada 16 Julai 2011 (Sabtu) Suzuki Malaysia Automobile telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Jeli. Program ini disertai oleh Datuk Irwan (DO Jeli), Tuan Haji Ibrahim Maidin (CEO SMA) dan kakitangan-kakitangan Suzuki Malaysia Automobile serta dealer Suzuki di Kota Bharu iaitu AMAN RAZAK MOTORSPORT dan MORAC. Konvoi betolak pukul 8 pagi dari Kota Bharu ke Pusat Tuisyen Darul Falah Jeli untuk memberi motivasi oleh orang kuat Suzuki dan sedikit sumbangan kepada pelajar2 disana. Seterusnya konvoi bergerak ke perlawanan Bolasepak Suzuki daerah Jeli. Pihak kakitangan juga telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang veteran Jeli yang menyaksikan pasukan Suzuki kalah 1-0 (bagi muka kat veteran). Selepas itu, kami bergerak ke kenduri di sebuah kampung di DUN Bukit Bunga. Kami disambut meriah dengan alunan dikir barat dan jamuan makan. TERIMA KASIH penduduk kampung, anda memang peramah. Kira-kira jam 2 petang, kami bergerak ke rumah pengawa dan dijamu dengan pulut durian. MEMANG ENAK BANGAT!!. Kami kemudian menziarahi rumah penduduk di Kuala Balah untuk memberikan sumbangan kepada orang tua yang sakit dan uzur. Walaupun kepenatan, program tersebut memang best. hope pasni ada lagi program seperti ini.
    Ketibaan di Pusat Tuisyen Darul Falah, Jeli


CEO SMA, Tuan Haji Ibrahim Maidin menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar2 di Pusat Tuisyen Darul Falah.

kakitangan SUZUKI bergambar kenangan di Darul Falah




 Perlawanan persahabatan Suzuki vs Veteran Jeli


kenduri dan jamuan makan antara penduduk dan kakitangan SUZUKI



Jamuan pulut durian di rumah tok penggawa





Antara beberapa penduduk di Kuala Balah, Jeli yang menerima sumbangan dari Pihak Suzuki

Thursday 7 July 2011

tips penjagaan kereta

1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba keliling kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Tiada benda-benda yang melekat pada tayar atau mana-mana bahagian kereta.
2. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup, pastikan lampu ”engine check” padam sebelum hidupkan enjin.
3. Hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin meluhu pada kadar RPM yang normal.
4. Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.
5. Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu ketiga. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada paras antara maksimum dan minimum (kalau pakai bateri kering tak yah la).
6. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin) pastikan minyaknya mencukupi.
7. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak perlu berada di paras antara maksimum dan minimum. Kalau bawah daripada minimum masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras tersebut.
8. Dua minggu / sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian tiang B (tiang antara pintu depan dengan pintu belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.
9. Setiap tiga bulan (kalau setiap hari guna kereta) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.
10. Setiap 5000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika guna minyak biasa), tukar penapis minyak setiap dua kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap tiga kali tukar minyak enjin (jika enjin kaburator).
Akhir sekali, setiap minggu, 2 atau 3 minggu sekali basuh dan vakum kereta anda.