Friday, 9 September 2011

Petua jimat minyak Fahrin

HERO kacak, Fahrin Ahmad yang menjadi duta FuelSave sejak tahun 2009 kini semakin sibuk kerana perlu membahagikan masa antara penggambaran dan menghadiri tiga pameran bergerak FuelSave di pusat beli-belah tiga bandar raya di Malaysia.
Fahrin baru saja selesai penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam di Makkah, Februari lalu juga sibuk dengan penggambaran drama bersiri Suria Di Cordoba.
Dia baru saja balik dari Sepanyol dan masih menjalankan penggambaran di sekitar tanah air dan penggambaran itu dijangka selesai bulan depan.

Dalam drama itu, dia memegang watak Tengku Huzair, anak orang kaya yang manja dan suka berfoya-foya.


Dia yang rasa bersalah atas kematian isterinya, membawa diri ke Cordoba untuk menenangkan dirinya. Di Cordoba, dia bertemu dengan seorang gadis lakonan Sari Yanti.

Fahrin yang juga duta Garnier for Men berkata, dia seronok menjadi duta Shell FuelSave kerana dapat membantu rakyat Malaysia menjimatkan penggunaan petrol dan memperbaiki gaya pemanduan mereka.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab mengajak tiga selebriti untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi cabaran penjimatan petrol.

Tiga orang selebriti itu ialah Kenchana Devi, Dina (Malaysian Idol) dan Hisham Hamzah (Dj Mix Fm) masing-masing berpasangan dengan tiga wartawan.

Cabaran itu memerlukan mereka memandu sejauh yang mungkin hanya dengan seliter minyak.

“Saya berharap dengan menyertai cabaran ini, rakan-rakan seperjuangan akan turut sama mendidik dan menggalakkan seramai mungkin pemandu untuk mengamalkan petua penjimatan Shell FuelSave dan menyedari betapa pentingnya memilih petrol yang betul untuk kereta mereka,” katanya.

Ini bukanlah cabaran pertama buat Fahrin kerana pernah menjadi juara dalam cabaran sama di Jerman pada Mei 2009 selepas menjadi duta Shell FuelSave. Ketika itu Fahrin berentap dengan duta-duta Shell dari enam negara iaitu Singapura, Belanda, Hong Kong, Turki, Denmark dan Jerman.

Katanya, pasangan Taylors yang memegang rekod mengelilingi dunia selama 78 hari hanya dengan menggunakan 24 tangki minyak penuh (1,303 liter) terlebih dulu memberikan penerangan dan berkongsi petua untuk penjimatan petrol sebelum mereka memulakan cabaran itu.

“Walaupun kami memandu di trek tetapi trek itu diubah suai seolah-olah kami memandu atas jalan raya. Ada bulatan dan lampu isyarat. Saya menamatkan cabaran itu dengan catatan 21.3 kilometer dengan menggunakan seliter petrol,” katanya.

Bagi Dina, penyertaannya dalam cabaran itu memberikan pengalaman baru kepada dirinya yang selama ini cepat naik angin apabila sedang memandu.

Pelantun lagu Selamat Tinggal duet dengan Zizan Raja Lawak ini berpasangan dengan wartawan dari The Sun, menjadi juara cabaran itu dengan pemanduan sejauh 25.5 kilometer.

Dengan mengekalkan kelajuan kereta iaitu antara 70 dan 80 kilometer sejam, pasangan itu menjadi juara diikuti Hisham dan tempat ketiga Kenchana.

“Ia satu pengalaman menarik kerana saya dapat belajar perkara baru dan pada masa yang sama terus mempraktikkannya ketika cabaran itu. Bukan susah untuk mengaplikasikan tips yang dikongsikan Fahrin,” katanya.

Bagi mereka yang berminat mengikuti cabaran ini, layari www.shell.com.my/fuelsave untuk keterangan lanjut. 

sumber : harian metro

No comments:

Post a Comment