Friday, 9 September 2011

Panduan Menjaga Brek Kereta

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.



2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira
kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta
mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek
kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak
sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa
kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.



3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek
kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.



4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul
spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang
mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan
berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta
berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan
minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan
mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.



5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta
mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak
menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum
kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang
pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang
berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus
daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda
lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

No comments:

Post a Comment